top of page
asas 50 logo.png

SEJARAH ASAS '50

Dasar Perjuangan Asas '50

Telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950, Asas '50 mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu dengan cara yang ideal melalui kesusasteraan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.  Falsafah Asas '50, "Seni Untuk Masyarakat", yang membawa perkembangan dalam dunia kesusasteraan moden.

Pertubuhan persuratan ini dipelopori oleh Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awam-il Sarkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali (Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud, Abu Yazid Abidin (Wijaya Mala) dan Muhammad Yusof Yaacob (Jim).

bottom of page