top of page

DIREKTORI PENULIS MELAYU SINGAPURA

Selamat datang ke lelaman Leksikon : Direktori Penulis Melayu Singapura - Pasca 1965 Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965. Di lelaman ini, ada boleh mencari maklumat mengenai penulis penulis Melayu di rantau kita.

ANUAR OTHMAN

ANUAR OTHMAN juga dikenali sebagai Ridhwan Anuar dilahirkan pada 31 Julai 1957 di Pulau Brani, Singapura. Karya pertama beliau ialah sajak ‘Sabar’ yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura pada tahun 1978. Beliau mempunyai kelulusan G.C.E peringkat ‘A’ dan Diploma in Writing daripada London School of Writing (1981). Beliau merupakan anggota Perkumpulan Seni. Pernah mengikuti bengkel penulisan di West Dean College, England (1998); pernah mengikuti International Writing Programme di University of Iowa, Amerika Syarikat (2000). Kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Anuar Othman & Associates, yang menerbitkan buku-buku bagi penulis tempatan.


Karya

Tekad. Kuala Lumpur: Heinemann Asia, 1984; Terminal Terakhir (Antologi Bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992; Prisma Seni. Singapura: Perkumpulan Seni, 1995; 12. Singapura: Perkumpulan Seni, 1999; 1859. Singapura: Sasterawan Abad 2000, 2000; Mendonan. Singapura: Sasterawan Abad 2000, 2001; Sam.Singapura: Perkumpulan Seni, 2001; Menyeberang Selat (Antologi bersama). Singapura: Anuar Othman Associates, 2003; Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau (Antologi bersama). Singapura: Anuar Othman Associates, 2003; Anak Bumi (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2003; Kisah di Bukit Cermin Singapura: Anuar Othman Associates, 2005.


Pencapaian/Anugerah

Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Cerpen (1997); Hadiah Sastera (Penghargaan)  MBMS: Cerpen 1859 (1997); Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Cerpen (1999); Hadiah Pertama Sayembara Golden Point NAC: Sajak (2001).

ALIMAN HASSAN

ALIMAN HASSAN atau nama penanya Lela Kencana dilahirkan pada 18 Januari 1932 di Padang Jeringau, Kallang Road. Menerima pendidkan di Sekolah Melayu Kota Raja (1939-1946); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1949-1951). Beliau lulus peperiksaan M.C.E (1966) dan H.S.C (1967). Aliman pernah menjadi guru, Penolong Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Perguruan Singapura dan mempunyai pangkat Senior Education Officer dan akhirnya Principal Education Officer. Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Guru Pelawat (1952-1955); Penolong Nazir Khas (Seni Lukis dan kraftangan) (1970-1974); dan Penasihat Khas (Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) (1974-1980). Beliau bersara daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 1987. Kemudian bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan di MUIS sehingga Januari 1989. Beliau menulis beberapa siri rancangan-rancangan radio dan televisyen.

Aliman turut memegang beberapa jawatan dalam berbagai pertubuhan, antaranya; Setiausaha Kehormat SKGMS (1956-1960); Setiausaha Kehormat ASAS ’50 (1960-1963); Bendahari ASAS ’50 (1964); anggota Jawatankuasa KGMS (1965-1970); Pengamanah KGMS (1983-1989); Anggota Jawatankuasa Majlis Pusat (1967-1969); Pengerusi Tetap Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) (1983-kini); anggota Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (1987-1989); dan anggota Jawatankuasa Masjid Kampong Siglap (1987-kini).

​

Karya

Puncak Sembilan (Antologi bersama). Singapura: Pustaka Nasional, 1975; Singapore Writing. (Antologi bersama). Singapore: Society Singapore Writers, 1977; Puisi-Puisi Nusantara (Antologi Bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981; Tiga Warna Bertemu (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987; Sekadar Pengisi Ruang. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 1993; Rhythms (Antologi bersama) Singapore: National Arts Council, 2000; Novel Empat. Singapura: Angkatan Sasterawan 50, 2002.

​

Pencapaian/Anugerah

Pegawai Yang Paling Berbudi Bahasa MUIS (1983 – 1985); Sijil Penghargaan LBKM (1985); Pingat Berkebolehan Pemerintah Singapura (1985); Pingat Bakti Setia Pemerintah Singapura (1987); Khidmat Cemerlang dan Khidmat Lama SKGMS (1981); Jasawan Guru KGMS (1987); Khidmat Jasa Bakti LBKM (1997); Khidmat Jasa Setia SKGMS (1997).

ALFIAN SA'AT

ALFIAN SA’AT dilahirkan pada tahun 1977. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Tampines; Institusi Raffles; Maktab Rendah Raffles dan Universiti Nasional Singapura (NUS) jurusan Perubatan. Beliau prolifik dalam pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, drama dan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga aktif dalam pergerakan persuratan dengan menjadi anggota dan penulis naskah Teater Ekamatra (1997-2001) dan the Necessary Stage (2000-2001).


Karya 

Skrip (diterbitkan oleh Teater Ekamatra) Dongeng; Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan, Madu II; The Miseducation of Minah Buki;, Tapak 7 dan Causeway; (skrip Inggeris) The Optics Trilogy; The corrected Poems of Minah Jambu; Poppy Dot Dream; Don’t Say I Say; What’s The Difference; Asian Boys Vol. 1, Sex..Violence; Blood; Gore; dan Yesterday My Classmate Died.

One Fierce Hour. Singapore: Landmarks Books, 1998. Corridor: 12 Short Stories.Singapore: Raffles, 1999; A History of Amnesia. Singapore: Ethos Books, 2001; Bisik.Kuala Lumpur: Teater Ekamatra; Pustaka Cipta, 2003; Prisma Pentas (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2004.

​

Pencapaian/Anugerah

Singapore Literature Prize Commendation Award: Fiction Corridor (1998); Life! Top Ten Book of The Year: Buku One Fierce Hour (1998); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Drama Causeway (1999); Pencalonan Naskah Terbaik Life! Theatre Awards: Skrip The Optic Trilogy (2001); Anugerah Seniman Muda (Sastera) NAC (2001); Kiriyama Book Prize List of Notable Books (From Asia Pacific Region): Buku A History of Amnesia(2001); Life! Top Ten Book of The Year: Buku A History of Amnesia (2001); Anugerah Pena Emas Mont Blanc NAC dan SPH: Puisi (2001); Life! Theatre Awards Winner: Best Ensemble Asian Boys Vol.1 (2001); Life! Theatre Awards Nominations Best Script: Skrip Asian Boys Vol.1 (2001).

AIDLI 'ALIN' MOSBIT

AIDLI ‘ALIN’ MOSBIT dilahirkan pada tahun 1973. Menerima Ijazah dalam bidang drama daripada Universiti Teknologi Queensland, Australia. Beliau juga seorang pengarah, pelakon, pereka cahaya dan busana, serta penerbit program pendidikan kesenian untuk sekolah. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah penerbitan dan pernah diundang menyertai Minggu Penulis Muda ASEAN anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (1997).


Karya

Skrip persembahan Main-main (diterbitkan oleh Teater Ekamatra), Ikan Cantik, â€¦ Dan Tiga Dara Terbang Ke Bulan (diterbitkan oleh Teater KAMI); skrip televisyen Bisikan Bayangan, Kerja Overtime, Koridor dan Semarak Budaya; mengarah drama Madu II,Causeway; persembahan Melayu untuk drama Descendants of Eunuch Admiral berjudul Keturunan Laksamana Tak Ada Anu dalam Festival Kuo Pao Kun pada tahun 2003; menghasilkan drama La Libre Latifa, sebuah drama seorang wanita sempena Pesta Raya 2003 di Esplanade, Singapura. Bisik (Antologi bersama). Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn Bhd dan Teater Ekamatra, 2003; Prisma Pentas (Antologi bersama). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2004.



Pencapaian/Anugerah

Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: drama Kosovo (1995); Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Drama â€¦ Dan Tiga Dara Terbang Ke Bulan (1997)



LIST ITEM TITLE

This is your item description. Use this space to add a description of the services, products, team members or any other items you want to highlight on your site. Have a lot to say? Easily turn any item into a full page by clicking ‘Create a page from this item’ in the edit panel.

LIST ITEM TITLE

This is your item description. Use this space to add a description of the services, products, team members or any other items you want to highlight on your site. Have a lot to say? Easily turn any item into a full page by clicking ‘Create a page from this item’ in the edit panel.

bottom of page